Followers~ Jgn lupa tinggalkan jejak ye :)

Wednesday, December 21, 2011

CINTA: Antara Dua Pilihan


Salam kasih sayang dan kerinduan buat sahabat-sahabatku sekalian...lama kita tak bersua bukan?? Apa khabar kalian semua..aku pasti ramai yang menantikan coretan dan luahan hatiku bukan...(perasan betol!!!) mendengar celoteh-celotehku yang kadang2 tak enak dan tak sedap didengar...namun,,apapun terus terang aku katakan...aku sangat merindui kalian...rindu untuk berkongi cerita-cerita hidupku dengan kalian...lama benar rasanya tak menjengah ke lapangan blog ini....dah bersawang jadinya...So...hari ini sambil2 aku mencuci n membuang sawang-sawang di blog aku nie....aku nak kongsikan sedikit bingkisan dengan kalian...harapanku perkongsian ini dapat memberi sedikit info dan pengajaran pada semua....

Alhamdulillah...sebenarnya aku baru sahaja menghabiskan cuti semester pengajianku...insyaAllah...semester akhir akan menyusul...cuti semester nie banyak memberi pengalaman baru kepadaku...antaranya pengalaman menjaga orang sakit...sape 2 yang sakit??? nenek aku..ye...nenek yang aku sayangi...nenek yang banyak mengasuh dan mendidikku di waktu kecil..nenek yang tak pernah jemu melayan karenahku di waktu kecil tatkala ibuku keluar pergi mencari rezki....tatkala musin cuti bermula aku mula keliru...siapakah yang aku harus pilih untuk aku berbakti?? nenek atau ibuku???........ pasti agak susah hendak buat keputusan bukan...jika kedua-duanya duduk serumah bagiku tak mengapa,,senang..inikan pula jauh-jauh...Ibu adalah orang yang paling dekat denganku...dalam masa yang sama ibu juga sudah tidak kuat kudratnya...nenek?? nenek pula insan yang sangat menyayangi dan banyak berkorban untukku...kedua-duanya aku sayang dan aku cinta...arrrrgghhh....susahnya...sangat susah bagiku untuk membuat keputusan dan pilihan kerana aku tak nak kecilkan hati dan lukakan hati kedua-duanya...(bagaikan dalam dilema)....

Akhirnya....setelah seharian berfikir dan menilai baik buruk...perkara yang perlu di utamakan dan di dahulukan..aku pilih untuk berbakti pada nenekku...sebab apa?? kerana nenekku jauh lebih lemah kudratnya,,sakit dan tiada yang menjaganya melainkan atuk ku yang sudah tua sahaja yang ada,, memandangkan saudara2 ku yang lain tinggal jauh dan punya tuntutan lain...Jadi..bermulalah cabaranku......


kenapa aku katakan CABARAN?? sebabnya menjaga orang tua yang sakit perlu untuk lebih berhati-hati,,,samada dari segi perkataan atau perbuatan..dari segi layanan dan penghargaan..untuk pengetahuan kalian sebenarnya mak ayah,,nenek atau atuk kita bila meningkat tua atau berumur mereka akan jadi lebih sensitive perasaannya,,mudah tersentuh dan emosional..mereka akan ambil hati walaupun perkara yang kecil dan ringan..jadi,,hati-hatilah...lakukan tiap perkara yang diminta mereka dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang,,,bersabarlah...


Selama sebulan aku di kampung,,di rumah nenekku..banyak perkara yang aku lakukan..yang aku kira dapat meringankan beban nenekku..yang dapat membahagiakan nenekku walaupun perkara yang kecil..aku mengemas.. memasak.. mencuci.. melayan..memandikan..menyuapkan makanan..merawat nenekku..aku juga membantu nenek mengambil wuduk bagi orang yang sakit..cara wuduk bagi orang yang tak mampu untuk berjalan dan bergerak..dengan membasuh kawasan yang wajib sahaja,,Alhamdulillah..ilmu yang ada aku praktikkan...saat ini aku sangat bahagia..langsung tidak ada perasaan jijik atau beban dalam hatiku..sungguh aku lakukan dengan penuh perasaan kasih sayang dan tulus ikhlas..sangat bahagia rasanya kerana dapat berbakti....


Malah...atuk ku juga tidak ingin lepaskan peluang mahu menerima bakti ku..sungguh aku tak percaya saat atuk minta aku mencukur dan botakkan kepalanya... Dalam hatiku bagaikan ingin menolak,,bukan kerana segan dan tak suka,,,,tapi kerana risau jika aku mencederakan atukku...(biasala x pernah botakkan kepala orang)....dalam masa yang sama juga takut melukakan hati atukku...so..dengan perasaan yang sangat berat aku pun ape lagi...botakkan saja la...penuh hati-hati aku cukur,,menyentuh kepala atukku dengan kasih sayang yang tulus dari hatiku....(dengan sebenar-benar cinta) ceewaaahhh.....


Sebenarnya...tujuan aku coretkan kisah-kisahku ini bukanlah sekadar hiburan semata-mata,,bukan sekadar mahu buang masa semata-mata,,bukan juga mahu luahkan perasaan semata-mata...tapi aku punya tujuan dan motif yang lebih besar...apa TUJUAN tu???  


Haaaa....meh sini aku bagitau...kalau kalian nak tau sebenarnya berbakti pada Ibu Bapa @ nenek @ atuk nie sebenarnya adalah perkara yang sangat di cintai oleh Allah Taala..yeke?? yelah...semuanya telah terakam dalam sunnah @ hadis nabi 1400 tahun dahulu...Sabda Nabi Muhammad S.A.W:


"عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبى صلى الله عليه وسلم:أي العمل أحب إلى الله تعالى؟قال:الصلاة على وقتها,قال:ثم أي؟ قال:ثم بر الولدين ,قال:ثم أي؟ قال:الجهاد في سبيل الله قال:حدثني بهن رسول الله صلى الله عليه وسلم ولو استزدته لزادني.

“Daripada Abdullah Ibnu Masu’d Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W),Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala:Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda:Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa,Aku Bertanya Lagi,Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah,Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”

Nah....macam mana?? betol kan apa yang aku kata...emmm..agak-agak kalian la kan..kalau sesuatu perkara tu KEKASIH kalian suka,,,agak-agak kalian nak buat tak untuk KEKASIH kalian?? of course la nak kan..aku pun nak..mana taknye...KEKASIH kita akan lebih berlipat ganda KASIH dan CINTA dia kat kita...rugilah kalau ada yang menolak...

Sebenarnya...kalau sahabat-sahabat nak tau...HUKUM berbakti pada ibu bapa nie WAJIB ke atas semua yang bergelar anak.Allah mewajibkannya sebagaimana Allah mewajibkan atas solat dan puasa walaupun kedua ibu bapa itu kafir..BERDOSA kalau menderhaka...Allah akan melaknat anak-anak yang macam nie..tapi..kalau apa yang parent kalian suruh buat tu melanggar Syariat ISLAM x payah la ikot,,Cthnya: Murtad ke,,berzina ke..melacur ke..minum arak ke,,mencuri ke dan sebagainya yang dilarang ISLAM..sahabat2 x percaya ke?? meh sini aku bagi bukti kat kalian semua...baca Dalil al-Quran kat bawah nie..dipetik dari Kalamullah( Kitab Allah)...

sebagaimana Firma Allah Ta’ala:

وإن جاهداك على أن تشرك بى ما ليس لك به علم فلا تطعهما وصاحبهما فى الدنيا   
معروفا

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan aku dengan sesuatu yang engkau tidak punyai ilmu tentang itu,maka janganlah engkau mentaati keduanya dan pergauilah keduanya dengan jalan yang baik” (Surah Luqman ayat 15)

Di dalam sebuah hadis yang menceritakan perihal Asma’ Abu Bakar yang bertanya pada Rasulullah adakah boleh dia berhubung dengan ibunya seorang musyrik,lalu Rasululullah membenarkannya. Sebenarnya  banyak lagi Dalil-dalil Al-Quran dan Hadis yang menceritakan mengenai kewajiban berbakti pada ibu bapa walaupun ibu bapa yang bukan beragama islam..


Sebenar-benarnya laa kan..aku ada 1 RAHSIA yanga aku belum bagitau sahabat-sahabat semua kenapalah aku nie naaaaakkk sangat berbakti pada ibu bapaku @ nenek @ atuk??? aku rahsia di awal-awal tadi..tp at least,,aku rasa macam x baik pula rahsia2 nie..sebab kita kan bersahabat?? mesti semuanya di kongsi sama rata kan?? ok lah...ni rahsianya...jeng,,jeng,,jeng...

Ketahuilah wahai sahabat2 semua yang bergelar anak,sesungguhnya kedua ibu-bapa adalah sebab kewujudan kalian di dunia,dan Allah telah memuliakan hak mereka keatas kamu. Allah Ta’ala meletakkan tanggungjawab berbakti kepada keduanya bersama dengan perintah beribadah dan mantauhidkan Allah.Bersyukurlah pada Allah dan bersyukurlah pada kedua ibu bapamu,, apa buktinya sahabat2??? ni haaa...sebagaimana firman Allah:


…..أن شكرلي ولولديك إلى المصير

“Bersyukurlah kepadaku dan kepada orang tuamu,Hanya kepada aku kembalimu” (Surah Luqman ayat 14)

Ayat di atas ni sebenarnya menyeru kepada kita supaya bersyukur kepada Allah kerana nikmat diciptakan ke dunia dan nikmat dikurniakan iman,dan bersyukurlah kepada kedua ibu bapa kerana mendidik kita dan kerana mereka kita wujud di dunia.

Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu dan kasih sayang yang mereka limpahkan tidak mengharapkan apa-apa balasan,sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkan imbalan tidak kiralah imbalan atau ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nanti kematian mereka.

Ketahuilah juga kalian akan mendapat balasan daripada anak-anak kalian kelak sama seperti apa yang telah kalian perlakukan pada ibu dan bapa kalian,jika kamu berbuat baik dan berbakti kepada mereka,anak-anak kamu kelak akan melakukan hal yang sama dan begitu juga sebaliknya.


ishhhh...takot jer dengar kan..kalau sekarang kita sepak terajang mak kita,,mesti nanti anak-anak kita buat camtu jugak kn kat kita?? camna pula kalu tengking? pukul? mendera? kurang ajar? bunuh? rogol ibi sendiri??? Astagfirullah...tak tergampar rasanya bila berlaku pada kita kan??? so...tepuk dada tanya hati dan iman...lagi Nabi ada nyatakan dalam Hadisnya yang berbunyi begini:

Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam telah menerangkan bahawa redha Allah adalah pada Redha ibu-bapa,dan murka Allah juga pada marah ibu bapa,sebagaimana sabda Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam:



رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين

Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”
[Hadis Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899]



banyak sangat kan buktinya dari Al-Quran dan Hadis??? so...camna? kalian boleh terima tak?? mesti boleh kan..sahabat saya semuanya pandai2...pandai menilai yang mana baik dan buruk.. :) saya nak masuk syurga...dan saya tahu semua sahabat2 saya nak masuk syurga juga kan?? 


so...tunggu apa lagi..sesape yang masih ada lagi bu bapa,,nenek @ atuk, berbaktilah sementara mereka masih lagi bernafas dan sementara kita pula masih ada peluang untuk berbakti pada mereka..sebab apa tau?? manusia nie selalunya bila ada sesuatu itu di depan mata,,mereka tidak akan menghargai..bila dah x ada,,baru nak tercari-cari..menghargai,,time 2 kalau nangis air mata darah pun dah x ade guna dah...sebab mak ayah dah pergi tinggalkan kita..

Jadi...pesanan saya untuk semua dan untuk diri sendiri hargai mereka,,berbakti pada mereka sementara masih ada waktu dan peluang okey... :)..moga sedikit coretan dan celoteh saya yang x seberapa ni dapat kita ambil erti dan pengajaran sama2 ye...


Fikirkan2...dan selamat beramal..


ikhlas dariku;
Sejernih Salsabila

Wednesday, August 24, 2011

                                 ILMU...??? ALLAH YANG PUNYA!!!


              Salam Ramadhan pada semua..pejam celik pejam celik dah 24 Ramadan 1432 Hijrah dah hari nie kn..apa khabar puasa kalian hari nie?? harapnya subur dan meriah di hiasi amalan penyubur rohani dan mendekatkan jiwa pada DIA....mudah-mudahan Lailatul Qadr menjadi milik kita...insyaAllah..


              Hari ni kebetulan datang pulak idea lepas bersahur td..sebab tu la aku curi masa jugak menjenguk ke alam maya nie..x nak idea yang datang tadi tu tenggelam dek kesibukan menjelang terbit mentari nanti....lagipun idea nie bukan lah rekaan tapi aku nak cerita balik (review) peristiwa-peristiwa yang aku lalui semalam...agak menarik dan jugak banyak membuatkan aku berfikir dan bermuhasabah..


             Al-kisahnya begini...seingat aku waktu tu time zohor dekat surau kolej aku..biasa la kan..tengah tunggu turn nak ambik wudhuk...berbaris jugak la..berdisilin la katakan..then,,ada sorg adik perempuan yang aku sendiri pun x kenal datang dekat aku..n tanya:
~ akak kuliah ape??
~ tahun berapa??
~ duduk mana..rumah sewa ke hostel??


             Erm...demi x nak menghampakannye..maka menjawab lah aku semua pertanyaannya..aku pun tanya balik soalan yang sama kt dia..adik tahun 1 ruapanya dia..kuliah Syariah..sama mcm aku..
Nak dipendekkan cerita dia cakap kat aku: " tak pernah nampak pun akak dekat asrama! mesti sibuk kan??"
Timbul lah tanda soal bertubi-tubi dalam kepala..Eh!! adik ni kenal ke sape aku?? cmne dia tau pulak aku sibuk?? erm....aku just mengiyakan sajalah.."a'ah...agak sibuk jugak la kebelakangan nie dik...."
Di sebabkan jurusan yang sama adik ni cakap: "akak sibuk..kalau x sibuk boleh ler ajar saya Qadoya Muasirah( subjek Syariah tahun 1)...aku hanya tersenyum....sebagai simbolik mengiyakan jawapan adik nie "kalau akak x sibuk...." Then...lepas berceloteh 2,3 benda...adik nie mintak diri utk ke kelas..da kelas katanya..pukul 2 p.m time tu.....nama adik ni apa ek?? lupa pulak nak tanya....


              Hendak dipendekkan cerita..lepas solat zohor tiba-tiba teringat aku pada pertemuan dengan 2 orang sahabat ni yang aku pun x kenal di library kampus pagi tu...time 2 aku kat library,,sambil2 hafaz Quran..sambil2 tunggu jam 12 p.m untuk ke kelas..then,,aku tumpang la duduk semeja dgn 2orang sahabat ni..sebab meja2 lain dah penuh dgn student2 lain...awalnye tak nak mempedulikan 2 orang sahabat nie tengah sembang,,mybe soal peribadi..tak nak jadi penyibok..elok je aku nak buka Tafsir Quran,,telinga aku tertangkap pada apa yg diorang nie sembang,,rupa2nya diorang bercakap soal ilmu...terdengar ukhti (kakak) yg duduk bertentangan dengan aku bercerita kat kawan sebelah dia yang duk tepi aku time 2...kata ukhti:


" Orang yang menuntut ilmu ini ada 3 golongan,,dan golongan2 ini diibaratkan seperti:
                1) orang tanah pasir
                2) orang tanah liat
                3) orang tanah gambut


Golongan yang pertama iaitu golongan tanah pasir,, kalu kita tengok dia nie hanya mampu serap air( ilmu) tapi dia x mampu untuk nak tahankan air ni supaya bertakung..lepas serap air(ilmu) akan hilang macam tu jer...rugilah golongan ni sebab masuk telinga kanan,keluar telinga kiri ilmu tu..


Golongan ke-2 pula golongan tanah liat..dia ni hanya mampu menakung air (ilmu) untuk diri dia jer..tak boleh jugak nak bagi pada orang lain..nak bagi dekat orang lain takut air(ilmu) yang ditakung tu habis..golongan ni dianggap sebagai golongan yang bakhil (kedekut) ilmu..


Dan golongan yg ke-3 adalah golongan tanah gambut..kalau kita tengok sifat tanah gambut ni dia mampu serap air( ilmu) dan bila kita tanam pokok guna tanah ni pokok akan subur,,malah mampu menghasilkan buah untuk manfaat orang lain..(menyebarkan ilmu pada orang lain). Malah mendapat pujian-pujian dan di sukai oleh orang ramai. Maka beruntunglah golongan yang ini..Jadi,,  kamu pilihlah golongan mana yang kamu nak jadi?? Jadi,,kita ni kalau ada ilmu,,jangan lah jadi macam golongan yang ke-1 dan ke-2,,kongsi dan sebar-sebarkan lah pada orang lain...Bila kita memberi 1 pada orang lain,Allah beri 10 utk kita...SubhanAllah...Kata ukhti nie syarah daripada Hadis Sohih yang disampaikan oleh pensyarah kuliahnya...


              Allah......masyaAllah...Astagfirulllah....bila dikaitkan dengan cerita ukhti dengan pertemuan aku dengan adik tadi terfikir-fikir tergolong dalam golongan manakah aku?? golongan manakah anda?? Apakah harus aku jadikan alasan sibuk tu untuk aku tidak amalkan dan sebarkan ilmuku?? Teingat aku pada pepatah Arab: " Al-ilmu bila amalin kas shajarin bila samarin" ( ilmu itu bila tidak diamalkan seperti pokok tidak berbuah)...Syukur Alhamdulillah...Allah takdirkan aku duduk di meja tu utk aku dapat ilmu dan agar aku bermuhasabah diri.. benar..TAUFIQ dapat diperoleh melalui orang sekeliling..tapi HIDAYAH hanya Allah yang punya...


Youk!! kengkawan semua...amalkan ilmu yang kita ada dan sebarkan pada orang lain k...selamat beramal!! fikir-fikirkan yer..


Sekian untuk kali ini...(",)

Thursday, August 18, 2011



Nuzul  Al-Qur’an
ISTIMEWANYA MUKJIZAT ALLAH



             Alhamdulillah,, hari ini genap 17 Ramadhan umat Islam berpuasa. Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah.
             Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman. Memang benar bahawa setiap Muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan Al-Qur’an.

BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN ???
              Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

          Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). 

             Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan. Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

         Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

         Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq. Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


" KITAB ALLAH BUKAN SEKADAR UNTUK DIBACA "

Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Qur’an adalah petunjuk (huda) dan pembeza (furqân). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”  [TMQ al-Baqarah (2):185].

                Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil.
                Al-Qur’an adalah huda (petunjuk), artinya AlQur’anlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Qur’an telah menjelaskan perbuatan apa yang wajib dilakukan, mana yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan. Al-Qur’an juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Qur’an adalah furqân (pembeza), artinya menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, al-haq (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Qur’an dan al-bâthil (kebatilan) adalah apa saja yang dinyatakan batil oleh Al-Qur’an.

                Yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita; sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita. Justeru , umat Islam wajib  mengambil  Al -Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan. Umat Islam wajib berpegang teguh kepada Al -Qur’an sebagaimana Rasulullah dan para sahabat berpegang teguh dengannya. Sesiapa sahaja yang tidak mengambil Al -Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan, maka hendaklah ia takut akan diadukan oleh Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan pengaduan seperti dalam firman-Nya,

“Berkatalah Rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjad ikan  Al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.” [TMQ al-Furqan (25):30].

                 Maksudnya, mereka menjadikan Al-Qur’an sebagai kitab yang ditinggalkan, diabaikan dan tidak dipedulikan. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah merinci hal-hal yang termasuk ke dalam sikap tidak mengacuhkan Al-Qur’an. Di  antaranya adalah tidak mengimani dan membenarkannya; tidak mentadabbur  (mengkaji) dan memahaminya; tidak mengamalkan dan mematuhi perintah dan larangannya; berpaling darinya dan lebih memilih yang lain, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, atau jalan hidup yang diambil dari selain Al-Qur’an; tidak mahu menyemak dan mendengarkan Al-Qur’an serta membuat kecoh hingga tidak mendengar Al-Qur’an saat ia dibacakan.

ADAKAH AL-QUR'AN SEKADAR UNTUK DI PERINGATI ATAU DI BACA???

                Sempena Nuzul Al-Qur’an ini, marilah kita dengan penuh iman dan taqwa memuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan, atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari Al-Qur’an atau justru telah mengabaikan Al-Qur’an? Apakah selama ini Al Qur’an telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum, sekaligus sebagai penyelesai segala masalah kehidupan kita? Ataukah sebaliknya, kita malah meninggalkan dan mencampakkannya?

                Kebanyakan kita berusaha menjaga fizik Al-Qur’an. Kita tidak akan meletakkan Al-Qur’an di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak ‘menjaga’ Al-Qur’an. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat Al-Qur’an dipijak, dibakar atau dibuang di dalam tandas. Kita juga tidak akan berdiam diri jika  Al-Qur’an dihina, diremeh  atau dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang akan menjaga kemurnian Al-Qur’an dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan.
             
                Namun, kita sering hanya berhenti sebatas ini sahaja. Umat Islam berusaha untuk menjaga fizik Al-Qur’an, tetapi tidak berusaha untuk memahami isi kandungannya dan menerapkan hukum-hakamnya. Umat Islam marah apabila Al-Qur’an dihina, tetapi mereka sendiri ‘menghina’ Al-Qur’an dengan tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Umat Islam sakit hati apabila Al Qur’an dikatakan telah ketinggalan zaman, tetapi mereka sendiri telah berzaman meninggalkan ajaran Al-Qur’an.

                 Inilah hakikat umat Islam!!! Mereka mengambil Al-Qur’an hanya sebagai sebuah kitab yang ‘wajib’ dibaca tetapi melemparkan segala hukum-hakam yang ada di dalamnya. Para pemerintah kaum Muslimin membaca Al-Qur’an tetapi mereka mencampakkan segala perintah dan larangan Allah yang ada di dalamnya. Mereka mengadakan pelbagai program untuk membaca Al-Qur’an tetapi dalam masa yang sama mereka tidak berhukum dengan hukum AlQur’an, malah lebih buruk mereka memerangi dan menangkap sesiapa sahaja dari golongan umat Islam yang ikhlas berjuang menegakkan hukum Al-Qur’an. Mereka kononnya menyeru kepada Al -Qur’an tetapi mereka sebenarnya cukup anti dan takut kepada golongan yang yang benar-benar berusaha untuk mengembalikan hokum Al-Qur’an. Bukan setakat itu, mereka malah menganggap bahawa golongan yang ingin menegakkan agama Allah sebagai penjenayah yang mesti dihapuskan. Maha Suci Allah yang memuliakan golongan yang berdakwah ke jalanNya dan semoga Azab Allah menimpa golongan yang menghalang penerapan syariatNya.

                 Wahai kaum Muslimin!!! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan AlQur’an bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca Al-Qur’an adalah ibadah (sunat) dan InsyaAllah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah berdosa besar dan Allah jualah yang Maha Membalas segala dosanya. Siapa sahaja yang yang tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, maka azab Allah menantinya di akhirat! Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah yang telah diturunkanNya melalui Al-Qur’an, maka Allah telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”. [TMQ al-Jumu‘ah (62):5].

            Melalui ayat di atas, Allah menghina kaum yang tidak memikul wahyu yang  diturunkanNya dengan perumpamaan seperti keldai. Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, “Anda ini seperti keledai!” Apakah perasaan kita? Apalagi yang menyatakan seperti itu bukanlah manusia, melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang kita harapkan keredhaan dan keampunanNya. Orang yang benar – benar beriman , bertakwa dan mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merasa takut dan gentar akan perumpamaan yang dibuat olehNya.

Wahai ikhwah dan akhowat,,saudara saudari,,sahabat-sahabat sekalian mari sama-sama merenung ke dalam diri apakah kita tergolong dalam golongan yang mana di mulut berkata cinta, tetapi di hati berdusta??? Muhasabah dan islahkan diri…

Akhirul Kalam…Wa Allahu Taala A’lam… Salam Ramadhan Kareem….!!!

Tuesday, July 26, 2011

Rindu Kembali Bertaut

          Salam kerinduan sahabat2 maya sekalian..terasa rindu hati ini pada kalian,,rasanya sudah lama x bersua bukan,,tuntutan taklifan dan amanah2 yang dipikul menjadikan hamba dhaoif ini terpaksa mengabaikan sebentar laman ini,,.teringat ana pada kalam Allah yg bermaksud: " Tidaklah aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU...". Terkadang hati bertanya kenapa aku dibebani dgn banyak tanggungjawab?? lantas, bila teringatkan Kalam Allah itu menyedari bahawa diriku adalah khalifah di muka bumi Allah nie,,dipertangungjawabkan dan akan di persoalkan akan apa yg aku lakukan di muka bumi Allah ini. Setiap apa yg dilakukan perlulah di ikhlaskan hati dan demi untuk Mardhotillah,,bukan utuk diriku,,tetapi utuk Ummah. Ummah yg jika dilihat sekarang sgt gersang hatinya,,kering dgn didikan agama,,Ummah yg lbih mementingkan materialistik dan kehidupan dunia seolah mereka tidak akan mati,,dunia adalah syurga bagi mereka. Pengabdian pada Allah jauh sekali,,kecintaan pada Rasul entahkan ada entahkan tiada,,timbol persoalan? apakah mereka ingin terus dgn kehidupan begitu?? apakah mereka bahagia dgn kehidupan begitu?? Namun,,,teringat aku pada nasihat seorang ustaz,,"janganlah kita melihat golongan ini dengan perasaan Su'u Zhon (buruk sangka) kerana tidak smua mereka mahukan begitu, kerana ada di antara mereka yg mahukan kehidupan penuh keberkatan dan pengabdian diri pada Allah,,tp x tahu bagaimana? apa caranya?siapa yg mahu membantu?? jgn dilihat pada penyakitnya,tp lihatlah punca penyakit @ wabak yg menjadikannya begitu,,sbgai contoh: jika melihat ada orang Islam yg tidak puasa,makan @ minum di siang hari Ramadhan,jgnlah mencemuhnya,memakinya,,tp pandanglah dgn hati yg paling dalam..kenapa mereka jadi begitu?? jawapannya mungkin x tahu agama,,jadi menjadi peranan kita untuk menerangkan padanya,,kita mahu masuk syurga,mereka juga mahu,,jadi bimbinglah mereka, Nah!! akan lahir perasaan Ehsan dan Husnu Zhon (baik sangka) di situ...


         Bila dah menaip nie x sedar pula masa sedang berjalan,,apapun rasa macam dah melepas ckit rasa kerinduan di hati ni pada kalian,,rasanya sampai di sini dulu untuk sekali nie,,masih ada tuntutan lain yg memerlukan perhatian ana..harapnya coretan kali nie wlupun ckit tp bermanfaat dan di kongsi bersama..Maas Salamah..

Saturday, April 2, 2011

Dari Kekasih Untuk Kekasih

             
               KRIUUKKK….pintu bilik di tolak dari luar…seorang gadis meluru masuk ke bilik..menghempap badannya di katil sambil memikirkan sesuatu..…kenapa hatiku terasa macam kosong sahaja..seperti orang yang tidak berperasaan,,kadang-kadang terasa rindu..tapi siapa yang aku rindu..issh…lemas!.lantas di buka ladtopnya membuat capaian ke internet..yah! facebook jela…mungkin ada kawan-kawanku yang tengah online time nie..facebook segera di LOG IN…

~ Hampir sejam melayari internet Khaulah tetap merasa boring.. tak ada pulak kawan-kawanku online time nie..padahal hujung minggu..hatinya masih resah..gelisah..seperti ada sesuatu yang tidak lengkap…apa yang tidak aku lakukan lagi.. Gadis itu bangun dari dari katil lalu menghampiri meja studynya...hatinya terasa seperti merindui seseorang..bermonolong dalam hati.....
           " siapa yang aku rindu..erm..ibuku kah..?? " lantas di ambil handphone segera mendail nombor ibunya...tapi tidak berangkat...dalam hati berkata..
           "Sudah pukul 12.30tgh malam rupanya,,mungkin ibu sudah tidur kerana dah lewat"....Khaulah bertanya pada diri lagi...
           " Solat?? Ya…aku memang tak solat untuk malam nie..ma’zurah…"

Khaulah terus bermain-main dengan fikirannya....tiba-tiba........
           " MasyaAllah....Astagfirullah........ ". mulutnya terkumat kamit..segera memohon ampunan Tuhan..patutlah aku terasa macam kosong sahaja...teringat pesanan ustazahnya...
          "orang perempuan kalau tak boleh solat,,gantilah waktu solat itu dengan membaca Ma’thurat atau berzikir kepada Allah....insyaAllah, zikir dan Mathurat itu mampu mengisi hati dan mencegah diri dari godaan syaitan serta perkara-perkara yang lagho...bukan solat sahaja cara yang boleh dilakukankan untuk kita mengingati Allah.....” Pesan Ustazah.
      Terngiang-ngiang suara Ustazah Normah di telinga Khaulah..Ustazah yang dikenali sejak dibangku sekolah menengah dahulu..dan masih segar diingatan hingga kini..
Astagfirullahal a’zim...Ampini dosa-dosaku Ya Allah...Astagfirullah....


Terasa kerdilnya diri saat itu..mengapalah tidak aku memikirkan perkara itu...sebaliknya aku isi kekosongan hatiku pada awalnya tadi dengan berFACEBOOK..Allah..ampuni hambaMu yang hina ini...malu untukku mengaku sebagai hambaMu dan mengungkap rindu dan cintaku padaMu...Allah....

~Lantas Khaulah bangun dari duduknya menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk..walaupun dalam keadaan berhadas besar sunat untuk berwuduk dengan niat untuk sucikan diri dan memelihara diri dari godaan SYAITAN....

Daun pintu ditolak perlahan dari luar untuk kali keduanya...kelihatan Khaulah mengambil jilbabnya lantas menutup kepalanya...Kemudian diambilnya pula tasbih..tasbih pemberian abahnya..tasbih kesayangan yang selalu menemani 2/3 malamnya sebelum-sebelum nie..
Segera membawa diri ke birai katil...memulakn zikir dan puji-pujiannya kepada Pencipta........
 




~Astagfirullah......
~Subhanallah........
~Alhamdulillah......
~La ilaha ’illallah.......
~Allahu Akbar......
~Wala haula wala qu’ata ’illa billahil a’liyyil a’zaim......
~Allahuma solli a’la saiyidina Muhammad........


         Khaulah terus hanyut dalam dunianya.. dunia antara hamba dan PENCIPTA....bibirnya basah menyebut nama KEKASIHnya…Air matanya terus mengalir..mengalir dan terus mengalir..air mata keinsafan..air mata kerinduan..air mata kesyahduan..air mata mengenang kejahilan diri sendiri.....

~ Setelah selesai berzikir......Alhamdulillah...puji-pujian kepada Allah dilontarkan..
Menyedari hatinya terasa seperti terisi semula..
kesunyian,,kekosongan yang dirasai pada awalnya tadi hilang..hanya ketenangan mengisi jiwa saat ini..Allah...
Subhanallah...indahnya hidup bersyariat..mengikut aturanMU..Tiadalah puji-pujian hanya untukmu......

Wednesday, March 16, 2011

Tarbiyyah membawa ku berjuang di jalan dakwah

Di dalam satu kelompok, mereka berbincang apa yang dikatakan tarbiyyah.

Satu soalan ditujukan.


"macamana enti boleh terlibat dengan tarbiyyah"?
Dia pun menjawab.
"Masa sekolah menengah dulu, banyak program dibuat dan ana pun, mahu tidak mahu akan terlibat sama. Disitulah ana mengenal tarbiyyah".
Ada yang menyahut, "ana kenal tarbiyyah dah lama, sebab mak ayah ana orang yang kuat ikut usrah, jadi ana pun ikut samalah".


Sebahagian lain pula menyahut, "ana sebenarnya mahu ubah sikap diri, sekurang2 nya tarbiyyah banyak membantu ana untuk mengubah diri, dulu ana seorang yang banyak membuang masa, hanya tahu keseronokan dunia, berjalan dengan kawan-kawan ke tempat yang tidak tentu hala, syukur alhamdulillah, ada seorang ustazah tu bawak ana ke rumahnya, lepas tu, sentiasa ikut program sehinggalah ana dapat kikis sikap buruk ni". Itu jawapannya.


taubat Pictures, Images and Photos
Pelbagai persepsi mengenai tarbiyyah.
Semasa di bangku sekolah dulu, saya mengenali usrah, namun kefahaman masih belum nampak dengan jelas. Al-maklumlah, masih budak mentah yang ingin belajar banyak lagi. Maka ketika itu, cukup sekadar menghadirkan diri, mentor suruh datang, katanya ada perjumpaan, dalam keadaan pemahaman saya yang terbatas, saya pun datang. Belum faham ke mana skop perbincangannya, ke mana ingin dibawa maksud tarbiyyah itu. Itu cerita sekolah menengah dahulu.


Diperkenalkan dengan seorang ukhti, saya mula mengenal makna yang tersirat disebalik usrah yang dibuat setiap minggu, pelbagai program pengisian diadakan. Diri ini lebih terdidik, ditunjukkan oleh Allah jalan umat yang terdahulu berjuang di jalannya. Diri ini lebih jelas hakikat mengapa saya menganut Islam, Islam yang bagaimana yang ingin ditonjolkan, peribadi sebagai muslim, kesungguhan di jalan dakwah.


Kadang-kadang ada sindiran daripada kawan2, yang tidak menyetujui cara pembawaan, namun akhlak Islam saya pelihara, sebab ukhti saya berpesan, jika kita benci dakwah yang kita bawa, itu memang fitrah, tetapi jika orang benci dengan perangai kita, itu kita kena ubah.


sabar Pictures, Images and Photos


Hari ini kita lihat ramai manusia yang bergelar Islam, tapi mengamalkan Islam itu kurang. Fahamnya itu hanya sekadar bersolat, berpuasa, membayar zakat dan seumpamanya. Namun hakikatnya, tidaklah cukup sekadar itu. Sedarkah kita, perubahan diri itu amat perlu untuk mengubah masyarakat dan membawa Islam ke tempat yang sepatutnya. Adakah disebabkan mak ayah kita Islam, kita pun Islam juga, adakah sebab ikut tarbiyyah kerana kawan-kawan yang lain pun ikut tarbiyyah. Ataupun takut kawan tinggalkan, maka kita pun ikut tarbiyyah. Berapa ramai mereka yang ikut tarbiyyah gugur satu persatu kerana tidak ada rasa ikhlas untuk ditarbiyyah. Semuanya bergantung kepada niat.


Bagaimanakah jika umat di Iraq ataupun di Palestin yang diserang pada hari ini berlaku kepada negara kita yang tercinta, Malaysia. Dimana kita hendak membangkitkan kekuatan? Cukupkah dengan kita mengaku beriman kepada Allah, tanpa melaksanakan suruhannya, maka baru hendak membuat persiapan? Maka disinilah perlu wujud satu kekuatan. Kekuatan yang lahir daripada sistem tarbiyyah dan usrah itu sendiri. Dakwah mengajar untuk kita hidup secara berjemaah. Bagi mereka yang faham erti dakwah, mereka akan bergerak mengikut tertib, bergerak mengikut kata putus daripada Jemaah. Bukan ikut kemahuan nafsu. Ini adalah kerana strategi musuh yang begitu kompleks, tidak mampu dipikul oleh seseorang. Jemaah yang dimaksudkan adalah mereka yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah lebih daripada segalanya. Bukanlah Jemaah yang membawa perpecahan dan mengubah kalam Allah dengan mainan akal songsang. Jika Jemaah itu mengikut syariat, tidak ada sikap melenting diantara kita. Pelbagai Jemaah tidak akan membawa perpecahan jika semuanya faham konsep dakwah. Perpecahan wujud pada sikap individu yang merasakan Jemaahnya sahaja yang betul. Sikap tidak berlapang dada yang hanya melambatkan dakwah.


signature Pictures, Images and Photos


Ilmu itu perlu, tetapi untuk memperaktikkan ilmu perlulah dengan tarbiyyah. Di dalam tarbiyyah perlu adanya ukhuwah, kesefahaman dan gerak kerja agar matlamatnya jelas, tujuan dan maksud asal tarbiyyah itu dilaksanakan. Itulah yang dikatakan tarbiyyah.


Mungkin kita boleh berceramah berjam-jam, namun matlamatnya tidak menuju ke mana, kita mampu menulis, namun tulisan itu sekadar sedap pada bacaan sahaja, namun natijahnya tiada.


Jika Islam kita itu hanya pada nama, tidak rasa Allah itu bersama, sesunggunnya kita telah ditimpa sesuatu penyakit wahan, penyakit takut mati. Jika kita tidak nampak apa matlamat yang ingin dicapai, maka kita tidak akan bersungguh dalam berdakwah, buatlah berapa banyak pun program, ia tidak akan dapat membuahkan natijah yang baik, tanpa susunan program yang berteraskan tarbiyyah.


Disinilah perlunya tarbiyyah, mengajar manusia mengenal erti dakwah.


" susah lah ikut usrah, kena hadir program selalu, rungut seorang sahabat.


"Dakwah kan luas, dakwah sendiri2 pun bolehlah, tidak payahlah menghadiri program yang macam tu, cukuplah sekadar dengar ceramah dan kita sampaikan". Ada pula yang membuat pelbagai persepsi.


Jika dakwah itu tidak dengan air mata, sesungguhnya kita hanya bermain dengan dakwah, dakwah menuntut pengorbanan masa, tenaga, buah fikiran, wang dan seumpamanya. Itu juga lah sunnah dakwah, adanya mehnah dan tribulasi. Dakwah yang dilalui para umat terdahulu. Mereka membawa risalah sehingga dipulaukan, disiksa dan dibunuh, namun kalimah Allah yang menjadi tujuan utama, agar manusia mengenal Tuhannya, kerana mereka yakin dengan balasan syurga yang diimpikan. Hassan Al-Banna pernah berpesan, kerja kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Itulah tarbiyyah. Tidak mengenal erti penat lelah. Moga ianya menjadi nasihat kepada diri saya sendiri agar thabit dan istiqamah di jalannya. Ya Allah, berilah kekutan kepadaku untuk tetap berada di jalan Mu. Jalan yang membawa ketenangan dan kerahmatan ketika bertemu di hari pembalasan.


istiqamah Pictures, Images and Photos
DAKWAH ITU AMANAH YANG INDAH...
P/s: artikel ini diambil dari seorang blogger yang ana kagum dengan penjelasannya tentang tarbiyyah dan dakwah..di edit sedikit & dipersembahkan pada kalian, harapan ana,moga kita sama2 dapat menghayati dan memahaminya..insyaAllah..

RINDU MENYESAKKAN DADA

Jam menunjukkan 4.00 pagi waktu Malaysia..pasti semua sahabat-sahabat ku sedang dibuai mimpi tatkala ini,,atau mungkin juga ada yang sedang bertaqarrub dengan Sang Pencipta..Ya..bagi Si Perindu pastilah waktu ini tidak akan dilepaskan peluang untuk meluahkan perasaan yg berat membungkam di dada seharian melalui hari-hari yang penuh dengan tuntutan dan cabaran..tapi tidak dengan diriku..tatkala melihat ahli baitku nyenyak menikmati malam ciptaan tuhan,hati ku terasa begitu resah,,mata juga masih terang,,tidak terasa mengantok pula pagi nie..cuma sekali sekala mata terasa pedih ditiup kipas angin..yang pasti aku tahu apa yang bermain difikiranku saat ini..ya..tragedi siang tadi pasti tidak ku lupakan..kehilangan sahabat seperjuangan..sahabat yang telah diikat & berjanji untuk sama-sama susah dan senang dalam jalan dakwah ini..Allah lebih menyayangi mu adikku..sesungguhnya setiap orang pasti akan merasai mati..pergilah..ketahuilah ukhti2 mu dan sahabat2 di sini redha dengan pemergianmu kerana pergi mu dengan syahid, syahid dalam perjuangan islam dan di jalan dakwah ini..moga kau bahagia di sana..tunggu kami di Jannah Allah..insyaAllah..


Saat ini mata terasa ingin menangis, tapi hati dan fikiran waras menghalang..kenangan dan saat bersama mu dalam medan tarbiah ini silih berganti di layar fikiran,,tawa mu..suara mu..sepertinya masih terngiang-ngiang di telinga..perwatakanmu..senyumanmu yang tidak lekang di bibr mesra mu..ALLAH....ampuni dosaku..bukan aku tidak reda YA ALLAH...cuma kenangan itu enggan pergi jauh-jauh  walaupun telah cuba aku usir..ALLAH,ALLAH.ALLAH.....moga rohmu dicucuri rahmat Allah sentiasa sahabatku..Al-Fatihah...

BILAKAH KITA BOLEH BERDAKWAH SUMBANGAN BUAT ISLAM????


ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.


ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll.........!!!

# sama-sama bermuhasabah.......