Followers~ Jgn lupa tinggalkan jejak ye :)

Wednesday, August 24, 2011

                                 ILMU...??? ALLAH YANG PUNYA!!!


              Salam Ramadhan pada semua..pejam celik pejam celik dah 24 Ramadan 1432 Hijrah dah hari nie kn..apa khabar puasa kalian hari nie?? harapnya subur dan meriah di hiasi amalan penyubur rohani dan mendekatkan jiwa pada DIA....mudah-mudahan Lailatul Qadr menjadi milik kita...insyaAllah..


              Hari ni kebetulan datang pulak idea lepas bersahur td..sebab tu la aku curi masa jugak menjenguk ke alam maya nie..x nak idea yang datang tadi tu tenggelam dek kesibukan menjelang terbit mentari nanti....lagipun idea nie bukan lah rekaan tapi aku nak cerita balik (review) peristiwa-peristiwa yang aku lalui semalam...agak menarik dan jugak banyak membuatkan aku berfikir dan bermuhasabah..


             Al-kisahnya begini...seingat aku waktu tu time zohor dekat surau kolej aku..biasa la kan..tengah tunggu turn nak ambik wudhuk...berbaris jugak la..berdisilin la katakan..then,,ada sorg adik perempuan yang aku sendiri pun x kenal datang dekat aku..n tanya:
~ akak kuliah ape??
~ tahun berapa??
~ duduk mana..rumah sewa ke hostel??


             Erm...demi x nak menghampakannye..maka menjawab lah aku semua pertanyaannya..aku pun tanya balik soalan yang sama kt dia..adik tahun 1 ruapanya dia..kuliah Syariah..sama mcm aku..
Nak dipendekkan cerita dia cakap kat aku: " tak pernah nampak pun akak dekat asrama! mesti sibuk kan??"
Timbul lah tanda soal bertubi-tubi dalam kepala..Eh!! adik ni kenal ke sape aku?? cmne dia tau pulak aku sibuk?? erm....aku just mengiyakan sajalah.."a'ah...agak sibuk jugak la kebelakangan nie dik...."
Di sebabkan jurusan yang sama adik ni cakap: "akak sibuk..kalau x sibuk boleh ler ajar saya Qadoya Muasirah( subjek Syariah tahun 1)...aku hanya tersenyum....sebagai simbolik mengiyakan jawapan adik nie "kalau akak x sibuk...." Then...lepas berceloteh 2,3 benda...adik nie mintak diri utk ke kelas..da kelas katanya..pukul 2 p.m time tu.....nama adik ni apa ek?? lupa pulak nak tanya....


              Hendak dipendekkan cerita..lepas solat zohor tiba-tiba teringat aku pada pertemuan dengan 2 orang sahabat ni yang aku pun x kenal di library kampus pagi tu...time 2 aku kat library,,sambil2 hafaz Quran..sambil2 tunggu jam 12 p.m untuk ke kelas..then,,aku tumpang la duduk semeja dgn 2orang sahabat ni..sebab meja2 lain dah penuh dgn student2 lain...awalnye tak nak mempedulikan 2 orang sahabat nie tengah sembang,,mybe soal peribadi..tak nak jadi penyibok..elok je aku nak buka Tafsir Quran,,telinga aku tertangkap pada apa yg diorang nie sembang,,rupa2nya diorang bercakap soal ilmu...terdengar ukhti (kakak) yg duduk bertentangan dengan aku bercerita kat kawan sebelah dia yang duk tepi aku time 2...kata ukhti:


" Orang yang menuntut ilmu ini ada 3 golongan,,dan golongan2 ini diibaratkan seperti:
                1) orang tanah pasir
                2) orang tanah liat
                3) orang tanah gambut


Golongan yang pertama iaitu golongan tanah pasir,, kalu kita tengok dia nie hanya mampu serap air( ilmu) tapi dia x mampu untuk nak tahankan air ni supaya bertakung..lepas serap air(ilmu) akan hilang macam tu jer...rugilah golongan ni sebab masuk telinga kanan,keluar telinga kiri ilmu tu..


Golongan ke-2 pula golongan tanah liat..dia ni hanya mampu menakung air (ilmu) untuk diri dia jer..tak boleh jugak nak bagi pada orang lain..nak bagi dekat orang lain takut air(ilmu) yang ditakung tu habis..golongan ni dianggap sebagai golongan yang bakhil (kedekut) ilmu..


Dan golongan yg ke-3 adalah golongan tanah gambut..kalau kita tengok sifat tanah gambut ni dia mampu serap air( ilmu) dan bila kita tanam pokok guna tanah ni pokok akan subur,,malah mampu menghasilkan buah untuk manfaat orang lain..(menyebarkan ilmu pada orang lain). Malah mendapat pujian-pujian dan di sukai oleh orang ramai. Maka beruntunglah golongan yang ini..Jadi,,  kamu pilihlah golongan mana yang kamu nak jadi?? Jadi,,kita ni kalau ada ilmu,,jangan lah jadi macam golongan yang ke-1 dan ke-2,,kongsi dan sebar-sebarkan lah pada orang lain...Bila kita memberi 1 pada orang lain,Allah beri 10 utk kita...SubhanAllah...Kata ukhti nie syarah daripada Hadis Sohih yang disampaikan oleh pensyarah kuliahnya...


              Allah......masyaAllah...Astagfirulllah....bila dikaitkan dengan cerita ukhti dengan pertemuan aku dengan adik tadi terfikir-fikir tergolong dalam golongan manakah aku?? golongan manakah anda?? Apakah harus aku jadikan alasan sibuk tu untuk aku tidak amalkan dan sebarkan ilmuku?? Teingat aku pada pepatah Arab: " Al-ilmu bila amalin kas shajarin bila samarin" ( ilmu itu bila tidak diamalkan seperti pokok tidak berbuah)...Syukur Alhamdulillah...Allah takdirkan aku duduk di meja tu utk aku dapat ilmu dan agar aku bermuhasabah diri.. benar..TAUFIQ dapat diperoleh melalui orang sekeliling..tapi HIDAYAH hanya Allah yang punya...


Youk!! kengkawan semua...amalkan ilmu yang kita ada dan sebarkan pada orang lain k...selamat beramal!! fikir-fikirkan yer..


Sekian untuk kali ini...(",)

Thursday, August 18, 2011



Nuzul  Al-Qur’an
ISTIMEWANYA MUKJIZAT ALLAH



             Alhamdulillah,, hari ini genap 17 Ramadhan umat Islam berpuasa. Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah.
             Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman. Memang benar bahawa setiap Muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan Al-Qur’an.

BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN ???
              Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

          Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). 

             Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan. Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

         Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

         Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq. Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


" KITAB ALLAH BUKAN SEKADAR UNTUK DIBACA "

Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Qur’an adalah petunjuk (huda) dan pembeza (furqân). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”  [TMQ al-Baqarah (2):185].

                Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil.
                Al-Qur’an adalah huda (petunjuk), artinya AlQur’anlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Qur’an telah menjelaskan perbuatan apa yang wajib dilakukan, mana yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan. Al-Qur’an juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Qur’an adalah furqân (pembeza), artinya menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, al-haq (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Qur’an dan al-bâthil (kebatilan) adalah apa saja yang dinyatakan batil oleh Al-Qur’an.

                Yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita; sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita. Justeru , umat Islam wajib  mengambil  Al -Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan. Umat Islam wajib berpegang teguh kepada Al -Qur’an sebagaimana Rasulullah dan para sahabat berpegang teguh dengannya. Sesiapa sahaja yang tidak mengambil Al -Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan, maka hendaklah ia takut akan diadukan oleh Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan pengaduan seperti dalam firman-Nya,

“Berkatalah Rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjad ikan  Al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.” [TMQ al-Furqan (25):30].

                 Maksudnya, mereka menjadikan Al-Qur’an sebagai kitab yang ditinggalkan, diabaikan dan tidak dipedulikan. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah merinci hal-hal yang termasuk ke dalam sikap tidak mengacuhkan Al-Qur’an. Di  antaranya adalah tidak mengimani dan membenarkannya; tidak mentadabbur  (mengkaji) dan memahaminya; tidak mengamalkan dan mematuhi perintah dan larangannya; berpaling darinya dan lebih memilih yang lain, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, atau jalan hidup yang diambil dari selain Al-Qur’an; tidak mahu menyemak dan mendengarkan Al-Qur’an serta membuat kecoh hingga tidak mendengar Al-Qur’an saat ia dibacakan.

ADAKAH AL-QUR'AN SEKADAR UNTUK DI PERINGATI ATAU DI BACA???

                Sempena Nuzul Al-Qur’an ini, marilah kita dengan penuh iman dan taqwa memuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan, atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari Al-Qur’an atau justru telah mengabaikan Al-Qur’an? Apakah selama ini Al Qur’an telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum, sekaligus sebagai penyelesai segala masalah kehidupan kita? Ataukah sebaliknya, kita malah meninggalkan dan mencampakkannya?

                Kebanyakan kita berusaha menjaga fizik Al-Qur’an. Kita tidak akan meletakkan Al-Qur’an di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak ‘menjaga’ Al-Qur’an. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat Al-Qur’an dipijak, dibakar atau dibuang di dalam tandas. Kita juga tidak akan berdiam diri jika  Al-Qur’an dihina, diremeh  atau dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang akan menjaga kemurnian Al-Qur’an dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan.
             
                Namun, kita sering hanya berhenti sebatas ini sahaja. Umat Islam berusaha untuk menjaga fizik Al-Qur’an, tetapi tidak berusaha untuk memahami isi kandungannya dan menerapkan hukum-hakamnya. Umat Islam marah apabila Al-Qur’an dihina, tetapi mereka sendiri ‘menghina’ Al-Qur’an dengan tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Umat Islam sakit hati apabila Al Qur’an dikatakan telah ketinggalan zaman, tetapi mereka sendiri telah berzaman meninggalkan ajaran Al-Qur’an.

                 Inilah hakikat umat Islam!!! Mereka mengambil Al-Qur’an hanya sebagai sebuah kitab yang ‘wajib’ dibaca tetapi melemparkan segala hukum-hakam yang ada di dalamnya. Para pemerintah kaum Muslimin membaca Al-Qur’an tetapi mereka mencampakkan segala perintah dan larangan Allah yang ada di dalamnya. Mereka mengadakan pelbagai program untuk membaca Al-Qur’an tetapi dalam masa yang sama mereka tidak berhukum dengan hukum AlQur’an, malah lebih buruk mereka memerangi dan menangkap sesiapa sahaja dari golongan umat Islam yang ikhlas berjuang menegakkan hukum Al-Qur’an. Mereka kononnya menyeru kepada Al -Qur’an tetapi mereka sebenarnya cukup anti dan takut kepada golongan yang yang benar-benar berusaha untuk mengembalikan hokum Al-Qur’an. Bukan setakat itu, mereka malah menganggap bahawa golongan yang ingin menegakkan agama Allah sebagai penjenayah yang mesti dihapuskan. Maha Suci Allah yang memuliakan golongan yang berdakwah ke jalanNya dan semoga Azab Allah menimpa golongan yang menghalang penerapan syariatNya.

                 Wahai kaum Muslimin!!! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan AlQur’an bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca Al-Qur’an adalah ibadah (sunat) dan InsyaAllah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah berdosa besar dan Allah jualah yang Maha Membalas segala dosanya. Siapa sahaja yang yang tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, maka azab Allah menantinya di akhirat! Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah yang telah diturunkanNya melalui Al-Qur’an, maka Allah telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”. [TMQ al-Jumu‘ah (62):5].

            Melalui ayat di atas, Allah menghina kaum yang tidak memikul wahyu yang  diturunkanNya dengan perumpamaan seperti keldai. Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, “Anda ini seperti keledai!” Apakah perasaan kita? Apalagi yang menyatakan seperti itu bukanlah manusia, melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang kita harapkan keredhaan dan keampunanNya. Orang yang benar – benar beriman , bertakwa dan mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merasa takut dan gentar akan perumpamaan yang dibuat olehNya.

Wahai ikhwah dan akhowat,,saudara saudari,,sahabat-sahabat sekalian mari sama-sama merenung ke dalam diri apakah kita tergolong dalam golongan yang mana di mulut berkata cinta, tetapi di hati berdusta??? Muhasabah dan islahkan diri…

Akhirul Kalam…Wa Allahu Taala A’lam… Salam Ramadhan Kareem….!!!