Saat ini mata terasa ingin menangis, tapi hati dan fikiran waras menghalang..kenangan dan saat bersama mu dalam medan tarbiah ini silih berganti di layar fikiran,,tawa mu..suara mu..sepertinya masih terngiang-ngiang di telinga..perwatakanmu..senyumanmu yang tidak lekang di bibr mesra mu..ALLAH....ampuni dosaku..bukan aku tidak reda YA ALLAH...cuma kenangan itu enggan pergi jauh-jauh walaupun telah cuba aku usir..ALLAH,ALLAH.ALLAH.....moga rohmu dicucuri rahmat Allah sentiasa sahabatku..Al-Fatihah...
Firman Allah: " Mereka yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,maka mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah" -Surah al-Baqarah,ayat:218
Followers~ Jgn lupa tinggalkan jejak ye :)
Wednesday, March 16, 2011
RINDU MENYESAKKAN DADA
Jam menunjukkan 4.00 pagi waktu Malaysia..pasti semua sahabat-sahabat ku sedang dibuai mimpi tatkala ini,,atau mungkin juga ada yang sedang bertaqarrub dengan Sang Pencipta..Ya..bagi Si Perindu pastilah waktu ini tidak akan dilepaskan peluang untuk meluahkan perasaan yg berat membungkam di dada seharian melalui hari-hari yang penuh dengan tuntutan dan cabaran..tapi tidak dengan diriku..tatkala melihat ahli baitku nyenyak menikmati malam ciptaan tuhan,hati ku terasa begitu resah,,mata juga masih terang,,tidak terasa mengantok pula pagi nie..cuma sekali sekala mata terasa pedih ditiup kipas angin..yang pasti aku tahu apa yang bermain difikiranku saat ini..ya..tragedi siang tadi pasti tidak ku lupakan..kehilangan sahabat seperjuangan..sahabat yang telah diikat & berjanji untuk sama-sama susah dan senang dalam jalan dakwah ini..Allah lebih menyayangi mu adikku..sesungguhnya setiap orang pasti akan merasai mati..pergilah..ketahuilah ukhti2 mu dan sahabat2 di sini redha dengan pemergianmu kerana pergi mu dengan syahid, syahid dalam perjuangan islam dan di jalan dakwah ini..moga kau bahagia di sana..tunggu kami di Jannah Allah..insyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment