Followers~ Jgn lupa tinggalkan jejak ye :)

Tuesday, July 26, 2011

Rindu Kembali Bertaut

          Salam kerinduan sahabat2 maya sekalian..terasa rindu hati ini pada kalian,,rasanya sudah lama x bersua bukan,,tuntutan taklifan dan amanah2 yang dipikul menjadikan hamba dhaoif ini terpaksa mengabaikan sebentar laman ini,,.teringat ana pada kalam Allah yg bermaksud: " Tidaklah aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU...". Terkadang hati bertanya kenapa aku dibebani dgn banyak tanggungjawab?? lantas, bila teringatkan Kalam Allah itu menyedari bahawa diriku adalah khalifah di muka bumi Allah nie,,dipertangungjawabkan dan akan di persoalkan akan apa yg aku lakukan di muka bumi Allah ini. Setiap apa yg dilakukan perlulah di ikhlaskan hati dan demi untuk Mardhotillah,,bukan utuk diriku,,tetapi utuk Ummah. Ummah yg jika dilihat sekarang sgt gersang hatinya,,kering dgn didikan agama,,Ummah yg lbih mementingkan materialistik dan kehidupan dunia seolah mereka tidak akan mati,,dunia adalah syurga bagi mereka. Pengabdian pada Allah jauh sekali,,kecintaan pada Rasul entahkan ada entahkan tiada,,timbol persoalan? apakah mereka ingin terus dgn kehidupan begitu?? apakah mereka bahagia dgn kehidupan begitu?? Namun,,,teringat aku pada nasihat seorang ustaz,,"janganlah kita melihat golongan ini dengan perasaan Su'u Zhon (buruk sangka) kerana tidak smua mereka mahukan begitu, kerana ada di antara mereka yg mahukan kehidupan penuh keberkatan dan pengabdian diri pada Allah,,tp x tahu bagaimana? apa caranya?siapa yg mahu membantu?? jgn dilihat pada penyakitnya,tp lihatlah punca penyakit @ wabak yg menjadikannya begitu,,sbgai contoh: jika melihat ada orang Islam yg tidak puasa,makan @ minum di siang hari Ramadhan,jgnlah mencemuhnya,memakinya,,tp pandanglah dgn hati yg paling dalam..kenapa mereka jadi begitu?? jawapannya mungkin x tahu agama,,jadi menjadi peranan kita untuk menerangkan padanya,,kita mahu masuk syurga,mereka juga mahu,,jadi bimbinglah mereka, Nah!! akan lahir perasaan Ehsan dan Husnu Zhon (baik sangka) di situ...


         Bila dah menaip nie x sedar pula masa sedang berjalan,,apapun rasa macam dah melepas ckit rasa kerinduan di hati ni pada kalian,,rasanya sampai di sini dulu untuk sekali nie,,masih ada tuntutan lain yg memerlukan perhatian ana..harapnya coretan kali nie wlupun ckit tp bermanfaat dan di kongsi bersama..Maas Salamah..

No comments:

Post a Comment