Salam Ukhuwah dan salam kasih sayang buat semua,,emm,,ketika nie hampir 2 pagi,,hanya aku saja yang belum lelapkan mata,,roomate aku semuanya sudah di alam mimpi,,dah cuba pejam n paksa tidur,,tapi x juga2 lena...matanya nie sudah pun terasa pedih,,kejap aku bangun,,jejap duduk,,kejap baring memandang syiling,,kejap berjalan-jalan sekeliling bilik,,so..aku cuba search internet,,apasal la dengan mata aku nie malam nie,,x nak tidur pula dia..seingat ku awal tadi aku hanya on9,,tinjau2 blog dan facebook je,,kopi pun x minum @ apa2 yang mengandungi kafien,,cari-cari..n search..then aku terjumpa 1 artikel nie..so aku kongsikan dengan korang semua... ^_^Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.
Antaranya ialah:-
1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.
so..pasni jagalah mata tau..termasuk laa aku sendiri..sebabnya mata ni adalah di antara nikmat teragung yang Allah berikan,,
Dengan mata kita dapat lihat mak ayah,,adik2 n family..dengan mata kita dapat keindahan alam ciptaan Allah..Subhanallah..dengan mata kita dapat lihat kecantikan2 dunia,,dengan mata kita dapat menuntut ilmu,,dengan mata kita dapat melaksanakan Amr Makruf nahi Munkar,,dengan mata kita boleh keluar berjihad,,dan sebagainya...Allahu Akbar....
Hebatnya ciptaan Allah..ini baru di lihat 1 dari pancaindera yang Allah beri,,sedangkan banyak lagi nikmat tubuh badan dan anggota yang Allah beri...Allah...langsung Allah x berkira dengan kita kn?? kalau kita?? hambanya belum pasti akan bermurah seperti Allah...Allah al-Khaliq..Maha pencipta...buktinya?? Allah berikan segala nikmat..tapi bila Allah perintah laksanakan perintahnya beriman dengan rukun Iman dan Islam pun kita x dapat laksanakan..solatkah? puasakah? taat pada ibu bapakah? Astagfirullah..Ampunilah dosa2 kami Ya Allah....
No comments:
Post a Comment