Followers~ Jgn lupa tinggalkan jejak ye :)

Friday, January 27, 2012

Nikmat: Penjagaan Mata Yang Baik

 alt    Salam Ukhuwah dan salam kasih sayang buat semua,,emm,,ketika nie hampir 2 pagi,,hanya aku saja yang belum lelapkan mata,,roomate aku semuanya sudah di alam mimpi,,dah cuba pejam n paksa tidur,,tapi x juga2 lena...matanya nie sudah pun terasa pedih,,kejap aku bangun,,jejap duduk,,kejap baring memandang syiling,,kejap berjalan-jalan sekeliling bilik,,so..aku cuba search internet,,apasal la dengan mata aku nie malam nie,,x nak tidur pula dia..seingat ku awal tadi aku hanya on9,,tinjau2 blog dan facebook je,,kopi pun x minum @ apa2 yang mengandungi kafien,,cari-cari..n search..then aku terjumpa 1 artikel nie..so aku kongsikan dengan korang semua... ^_^

Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan 
mata anda cepat berasa letih dan penat.  

Antaranya ialah:-

1.Terlalu fokus

Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

2.Masalah mata

Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

3.Sistem pencahayaan yang tidak baik

Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.

4.Bekerja lebih masa

Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.

5.Jarang berkelip

Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

so..pasni jagalah mata tau..termasuk laa aku sendiri..sebabnya mata ni adalah di antara nikmat teragung yang Allah berikan,,

            Dengan mata kita dapat lihat mak ayah,,adik2 n family..dengan mata kita dapat keindahan alam ciptaan Allah..Subhanallah..dengan mata kita dapat lihat kecantikan2 dunia,,dengan mata kita dapat menuntut ilmu,,dengan mata kita dapat melaksanakan Amr Makruf nahi Munkar,,dengan mata kita boleh keluar berjihad,,dan sebagainya...Allahu Akbar....

          Hebatnya ciptaan Allah..ini baru di lihat 1 dari pancaindera yang Allah beri,,sedangkan banyak lagi nikmat tubuh badan dan anggota yang Allah beri...Allah...langsung Allah x berkira dengan kita kn?? kalau kita?? hambanya belum pasti akan bermurah seperti Allah...Allah al-Khaliq..Maha pencipta...buktinya?? Allah berikan segala nikmat..tapi bila Allah perintah laksanakan perintahnya beriman dengan rukun Iman dan Islam pun kita x dapat laksanakan..solatkah? puasakah? taat pada ibu bapakah? Astagfirullah..Ampunilah dosa2 kami Ya Allah....

Monday, January 23, 2012

Bila Hati mula Berbicara,,,Mulut Membisu Tanpa Suara..

BILA NAK KAHWIN? aduh..soalan yang sangat menyesakkan bagiku..Al-Kisahnya,seingat aku ketika nie di rumah atukku di kampung,,waktu ini ada majlis untuk menyambut kepulangan tok dan wan dari mekah.. Jadi sebagai anak dara takkan nak tengok saja dan goyang kaki tatkala saudara maraku sibuk menghidangkan makanan dan melayan tetamu..so,,aku pun mainkanlah perananku sebaiknya..membantu kerja-kerja di dapur,membancuh air,membasuh pinggan,dan mengangkat makanan dan hidangkan pada tetamu..

Then,,tatkala aku menghidang makanan dekat sorang tetamu nie..yang aku gelar Mak Long Ah dan memang namanya famous dengan nama itu di kampungku dia bertanya:

mak long: belajar tahun berapa dah sekarang?
aku: tahun 4 dah mak long..dengan lemah lembut..( kontrol ayu kononnya)
mak long: bila nak abis?
aku: bulan 4 nie mak long..
mak long: aaaa...bagus sangat la tu..boleh dah la "booking" siap-siap..abis belajar nie boleh laa langsung kenduri terus..

kata mak long sambil tersengih,, tatkala 2 aku yang macam "kerang busuk"..tak tahu nak expressi muka macam mana...senyum ja..maniskan bibir..dalam hati..mak ooiii,,kenapa laa mak long nie tanya tengah-tengah orang ramai nie..adeeiii...otak ligat beri arahan..cool...cool..cool..
selepas mempelawa Mak Long Ah  makan,,tanpa berlengah-lengah lagi aku terus bangun dan menghidangkan makanan untuk tetamu-tetamu lain pula..kahwin??? soalan nie bertubi-tubi dalam kepala silih berganti..dalam hati..insyaAllah..bila sampai jodohnya,,kahwin laa... "jodoh dah ada..di Loh Mahfuz,,cuma tak turun ke bumi je lagi.." itulah tagline yang aku sering gunakan sampai sekarang bila menjawab soal kahwin..hehehe..

Lepas tengahhari tue aku ingatkan dah habis bicara soal jodoh dan kahwin nie..tak sangka pula ketika makan malam di meja makan tok,wan,pak lang.mak lang,pak cik dan mak cik aku buka lagi bab soal kahwin nie..lebih parah bila diorang menjadi perancang masa depanku..merancang soal kahwin dan jodohku...memang kelas la kome ye!! bangga sungguh aku punya saudara mara yang sanggup bersusah payah untuk merancang bagi pihakku..

kata pak cikku..: Salsabila kalau nak kahwin pun biar laa time tue dah kerja..cari duit dulu..bagi mak abah merasa dulu kesenangan..kahwin laa dalam umo 24 @ 25 ker..(dalam hatiku..ish3..tuanya..tak mau la tua2..nak kahwin muda..~ ishhh ishh ishh..datang dah sakit gatalnya...)
mak cikku pula: tanpa di suruh2..cepat pula di membackup pak cikku..ermm...nasib ler..

tok dan wan juga tak mahu ketinggalan..kata tok: a'ah..kahwin umo lingkungan tue ok la..kerja dulu..jangan jadi macam mak ndak dulu..elok ja abis belajar terus kahwin..orang bawa pegi..
tambah wan: tapi jangan laa lewat sangat..japgi telajak pula,,kalu 25@ 26 tue agak tua dah tue..terlajak tua orang tak tanya dah...jadi andartua laa..


berderai ketawa bapa2 saudara n mak2 saudara ku..AKU??? still dengan muka "kerang busuk" mengaku je apa yang diorang katakan..tak membantah dan tak menambah..angguk..angguk..geleng geleng...

tambah pak lang: kalau nak kat kampung pak lang pun ada,,dia pun tengah dok cari orang,,ustaz..mengajar baca kitab kuning kat surau..namanya dot..dot..dot...
Aduh..pak lang oh pak lang...andaiku mampu mengeluarkan segala isi hatiku tatkala ini...pasti ku luahkan..aku jua punya orang yang di impikan..ceeewaaahh..(bermonolog dalam hati) aku lebih suka ambil jalan diamkan diri,,senyum dan berkata InsyaAllah...(campur2 malu)...

soo...dah terlajak bercerita nie..aku pasti ramai yang tertanya apa kaitan dengan ceritaku di atas,,ok,,hari ni rata2 bila soal jodoh tak ramai melihat kepada diri orang @ calon hidup,,agama dan akhlaknya..tapi lebih di lihat pada material dan apa yang ada pada seseorang itu..kerjanya? jawatnnya? ada kereta x? rumah besar ke? aku pasti setiap orang punya impian tersendiri..bagaimanakah orangnya dan apakah ciri2 yang perlu ada pada pemlik tulang rusuk kalian bukan?? begitu juga yang lelaki,,pasti mengimpikan siapakah bakal pemilik istana hati kalian bukan?? bagiku..cukuplah agama yang ada padanya,,menghormati orang tua dan baik akhlak dan percakapannya..mampukah aku mencapainya?? 

sedang aku hanya manusia biasa..punya kelemahan dan kekurangan..,bagiku..memgimpikan yang terbaik tak mengapa,,jangan mengimpikan yang sempurna..kerna selagi seseorang itu bergelar hamba dan manusia,,tiada seorang pun yang sempurna melainkan Nabi...nak dapat yang terbaik kita juga perlu jadi yang terbaik..walaupun tak sempurna tapi...berusaha menjadi baik..kerana,,kesolehan bakal suami mu adalah terletak pada kesolehahanmu..wanita yang baik untuk lelaki yang baik,,dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik serta sebaliknya...seperti mana kalam Allah:

" Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan kali-laki yang keji untuk peremouan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia(syurga).

Surah An-Nur: 26

Bagaimana nak dapatkan jodoh yang baik??

banyakkan berdoa pada Allah..seeloknya,,bangun tahajud malam,,qiamullail,,,,ketika sujud yang terakhir mintalah dari Allah bagaimana orang yang kamu impikan,,berusahalah mencari yang baik..dan dalam masa yang sama juga kamu berusaha jadi yang terbaik..lakukan penghijrahan dan pembaharuan..

Jodoh lambat?? soal jodoh ini adalah urusan Allah...seperi mana hidup, mati, dan rezki...jodoh di tentukan oleh Allah sejak ditiupkan roh dalam jasad tatlakala dalam rahim ibu lagi...namun,,takdir dapat di ubah dengan berdoa kepada Allah...di sini aku kongikan 2 doa:

1) Doa Pendekat jodoh ( berusaha laa selepas berdoa)


2) jika anda mengalami putus cinta,,InsyaAllah..amalkan doa ini:


apapun..jangan cepat putus asa ye,,berusaha mencari yang baik diantara yang terbaik,,memilih itu perlu,,kerana "DIA" adalah bakal pemimpin yang akan memimpin kita,,dan generasi seterusnya...jika DIA sendiri tidak solat bagaimana mahu memimpin ahli keluarganya untuk solat?? fikir2kan...


moga jodoh yang diimpikan menjadi milik anda.. :)

ketika cinta bertasbih;
Sejernih Salsabila..