Followers~ Jgn lupa tinggalkan jejak ye :)

Wednesday, March 16, 2011

Tarbiyyah membawa ku berjuang di jalan dakwah

Di dalam satu kelompok, mereka berbincang apa yang dikatakan tarbiyyah.

Satu soalan ditujukan.


"macamana enti boleh terlibat dengan tarbiyyah"?
Dia pun menjawab.
"Masa sekolah menengah dulu, banyak program dibuat dan ana pun, mahu tidak mahu akan terlibat sama. Disitulah ana mengenal tarbiyyah".
Ada yang menyahut, "ana kenal tarbiyyah dah lama, sebab mak ayah ana orang yang kuat ikut usrah, jadi ana pun ikut samalah".


Sebahagian lain pula menyahut, "ana sebenarnya mahu ubah sikap diri, sekurang2 nya tarbiyyah banyak membantu ana untuk mengubah diri, dulu ana seorang yang banyak membuang masa, hanya tahu keseronokan dunia, berjalan dengan kawan-kawan ke tempat yang tidak tentu hala, syukur alhamdulillah, ada seorang ustazah tu bawak ana ke rumahnya, lepas tu, sentiasa ikut program sehinggalah ana dapat kikis sikap buruk ni". Itu jawapannya.


taubat Pictures, Images and Photos
Pelbagai persepsi mengenai tarbiyyah.
Semasa di bangku sekolah dulu, saya mengenali usrah, namun kefahaman masih belum nampak dengan jelas. Al-maklumlah, masih budak mentah yang ingin belajar banyak lagi. Maka ketika itu, cukup sekadar menghadirkan diri, mentor suruh datang, katanya ada perjumpaan, dalam keadaan pemahaman saya yang terbatas, saya pun datang. Belum faham ke mana skop perbincangannya, ke mana ingin dibawa maksud tarbiyyah itu. Itu cerita sekolah menengah dahulu.


Diperkenalkan dengan seorang ukhti, saya mula mengenal makna yang tersirat disebalik usrah yang dibuat setiap minggu, pelbagai program pengisian diadakan. Diri ini lebih terdidik, ditunjukkan oleh Allah jalan umat yang terdahulu berjuang di jalannya. Diri ini lebih jelas hakikat mengapa saya menganut Islam, Islam yang bagaimana yang ingin ditonjolkan, peribadi sebagai muslim, kesungguhan di jalan dakwah.


Kadang-kadang ada sindiran daripada kawan2, yang tidak menyetujui cara pembawaan, namun akhlak Islam saya pelihara, sebab ukhti saya berpesan, jika kita benci dakwah yang kita bawa, itu memang fitrah, tetapi jika orang benci dengan perangai kita, itu kita kena ubah.


sabar Pictures, Images and Photos


Hari ini kita lihat ramai manusia yang bergelar Islam, tapi mengamalkan Islam itu kurang. Fahamnya itu hanya sekadar bersolat, berpuasa, membayar zakat dan seumpamanya. Namun hakikatnya, tidaklah cukup sekadar itu. Sedarkah kita, perubahan diri itu amat perlu untuk mengubah masyarakat dan membawa Islam ke tempat yang sepatutnya. Adakah disebabkan mak ayah kita Islam, kita pun Islam juga, adakah sebab ikut tarbiyyah kerana kawan-kawan yang lain pun ikut tarbiyyah. Ataupun takut kawan tinggalkan, maka kita pun ikut tarbiyyah. Berapa ramai mereka yang ikut tarbiyyah gugur satu persatu kerana tidak ada rasa ikhlas untuk ditarbiyyah. Semuanya bergantung kepada niat.


Bagaimanakah jika umat di Iraq ataupun di Palestin yang diserang pada hari ini berlaku kepada negara kita yang tercinta, Malaysia. Dimana kita hendak membangkitkan kekuatan? Cukupkah dengan kita mengaku beriman kepada Allah, tanpa melaksanakan suruhannya, maka baru hendak membuat persiapan? Maka disinilah perlu wujud satu kekuatan. Kekuatan yang lahir daripada sistem tarbiyyah dan usrah itu sendiri. Dakwah mengajar untuk kita hidup secara berjemaah. Bagi mereka yang faham erti dakwah, mereka akan bergerak mengikut tertib, bergerak mengikut kata putus daripada Jemaah. Bukan ikut kemahuan nafsu. Ini adalah kerana strategi musuh yang begitu kompleks, tidak mampu dipikul oleh seseorang. Jemaah yang dimaksudkan adalah mereka yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah lebih daripada segalanya. Bukanlah Jemaah yang membawa perpecahan dan mengubah kalam Allah dengan mainan akal songsang. Jika Jemaah itu mengikut syariat, tidak ada sikap melenting diantara kita. Pelbagai Jemaah tidak akan membawa perpecahan jika semuanya faham konsep dakwah. Perpecahan wujud pada sikap individu yang merasakan Jemaahnya sahaja yang betul. Sikap tidak berlapang dada yang hanya melambatkan dakwah.


signature Pictures, Images and Photos


Ilmu itu perlu, tetapi untuk memperaktikkan ilmu perlulah dengan tarbiyyah. Di dalam tarbiyyah perlu adanya ukhuwah, kesefahaman dan gerak kerja agar matlamatnya jelas, tujuan dan maksud asal tarbiyyah itu dilaksanakan. Itulah yang dikatakan tarbiyyah.


Mungkin kita boleh berceramah berjam-jam, namun matlamatnya tidak menuju ke mana, kita mampu menulis, namun tulisan itu sekadar sedap pada bacaan sahaja, namun natijahnya tiada.


Jika Islam kita itu hanya pada nama, tidak rasa Allah itu bersama, sesunggunnya kita telah ditimpa sesuatu penyakit wahan, penyakit takut mati. Jika kita tidak nampak apa matlamat yang ingin dicapai, maka kita tidak akan bersungguh dalam berdakwah, buatlah berapa banyak pun program, ia tidak akan dapat membuahkan natijah yang baik, tanpa susunan program yang berteraskan tarbiyyah.


Disinilah perlunya tarbiyyah, mengajar manusia mengenal erti dakwah.


" susah lah ikut usrah, kena hadir program selalu, rungut seorang sahabat.


"Dakwah kan luas, dakwah sendiri2 pun bolehlah, tidak payahlah menghadiri program yang macam tu, cukuplah sekadar dengar ceramah dan kita sampaikan". Ada pula yang membuat pelbagai persepsi.


Jika dakwah itu tidak dengan air mata, sesungguhnya kita hanya bermain dengan dakwah, dakwah menuntut pengorbanan masa, tenaga, buah fikiran, wang dan seumpamanya. Itu juga lah sunnah dakwah, adanya mehnah dan tribulasi. Dakwah yang dilalui para umat terdahulu. Mereka membawa risalah sehingga dipulaukan, disiksa dan dibunuh, namun kalimah Allah yang menjadi tujuan utama, agar manusia mengenal Tuhannya, kerana mereka yakin dengan balasan syurga yang diimpikan. Hassan Al-Banna pernah berpesan, kerja kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Itulah tarbiyyah. Tidak mengenal erti penat lelah. Moga ianya menjadi nasihat kepada diri saya sendiri agar thabit dan istiqamah di jalannya. Ya Allah, berilah kekutan kepadaku untuk tetap berada di jalan Mu. Jalan yang membawa ketenangan dan kerahmatan ketika bertemu di hari pembalasan.


istiqamah Pictures, Images and Photos
DAKWAH ITU AMANAH YANG INDAH...
P/s: artikel ini diambil dari seorang blogger yang ana kagum dengan penjelasannya tentang tarbiyyah dan dakwah..di edit sedikit & dipersembahkan pada kalian, harapan ana,moga kita sama2 dapat menghayati dan memahaminya..insyaAllah..

RINDU MENYESAKKAN DADA

Jam menunjukkan 4.00 pagi waktu Malaysia..pasti semua sahabat-sahabat ku sedang dibuai mimpi tatkala ini,,atau mungkin juga ada yang sedang bertaqarrub dengan Sang Pencipta..Ya..bagi Si Perindu pastilah waktu ini tidak akan dilepaskan peluang untuk meluahkan perasaan yg berat membungkam di dada seharian melalui hari-hari yang penuh dengan tuntutan dan cabaran..tapi tidak dengan diriku..tatkala melihat ahli baitku nyenyak menikmati malam ciptaan tuhan,hati ku terasa begitu resah,,mata juga masih terang,,tidak terasa mengantok pula pagi nie..cuma sekali sekala mata terasa pedih ditiup kipas angin..yang pasti aku tahu apa yang bermain difikiranku saat ini..ya..tragedi siang tadi pasti tidak ku lupakan..kehilangan sahabat seperjuangan..sahabat yang telah diikat & berjanji untuk sama-sama susah dan senang dalam jalan dakwah ini..Allah lebih menyayangi mu adikku..sesungguhnya setiap orang pasti akan merasai mati..pergilah..ketahuilah ukhti2 mu dan sahabat2 di sini redha dengan pemergianmu kerana pergi mu dengan syahid, syahid dalam perjuangan islam dan di jalan dakwah ini..moga kau bahagia di sana..tunggu kami di Jannah Allah..insyaAllah..


Saat ini mata terasa ingin menangis, tapi hati dan fikiran waras menghalang..kenangan dan saat bersama mu dalam medan tarbiah ini silih berganti di layar fikiran,,tawa mu..suara mu..sepertinya masih terngiang-ngiang di telinga..perwatakanmu..senyumanmu yang tidak lekang di bibr mesra mu..ALLAH....ampuni dosaku..bukan aku tidak reda YA ALLAH...cuma kenangan itu enggan pergi jauh-jauh  walaupun telah cuba aku usir..ALLAH,ALLAH.ALLAH.....moga rohmu dicucuri rahmat Allah sentiasa sahabatku..Al-Fatihah...

BILAKAH KITA BOLEH BERDAKWAH SUMBANGAN BUAT ISLAM????


ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.


ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll.........!!!

# sama-sama bermuhasabah.......