Followers~ Jgn lupa tinggalkan jejak ye :)

Saturday, January 8, 2011

Senandung "Panggilan Jihad"

Di sini adalah sebuah karya dari prof.Hamka yang ingin ana kongsikan dengan anda terutama pejuang-pejuang agama Allah..semoga coretan ini dapat membangkitkan semangat dan jiwa kita agar terus teguh dijalan dakwah menegakkan kalimah tauhid, La ilaha illallah....


Allahu Akbar,Allahu Akbar, Allahu Akbar
Kalam suci menentukanku berjuang
Maju serentak membela kebenaran
demi agama, bangsa dan keadilan


Panggilan jihad kobarkan, panggilan jihad kobarkan
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Putra-putri Islam harapan agama, majulah serentak

Gemakan persatuan kalam Tuhan
Mari kita memuji, mari kita memuja
Peganglah persatuan kalam Tuhan

Kalam suci menentukan aku berjuang
Maju serentak membela kebenaran
Untuk agama, bangsa dan keadilan

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Pemuda-pemudi bangunlah,
Panggilan jihad rampungkan,
Wasiat Muhammad Peganglah,
Harta dan jiwa serahkan,
Binalah persatuan, ciptakan perdamaian

Menuju persatuan kalam Tuhan
Kalam Ilahi menuntut persatuan
Perpecahan meruntuhkan kekuatan
Pertikaian menguntungkan musuh Tuhan
Hanya iman tauhid dapat menyatukan
Tuntutan agama menjadi tujuan
Hukum Allah tegakkan, Hukum Allah tegakkan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Ulama pemimpin Islam dengarlah, demi agama sedarlah
Hentikan pertikaian, ciptakan perdamaian
Hentikan pertikaian ciptakan kedamaian
Menuju persatuan kalam Tuhan.

>> prof.Hamka
(10 Februari 1999 / 28 Syawal 1419)

Friday, January 7, 2011

The Making of Musafir di Jalan Dakwah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......

Ba'da salam,,pengunjung yang budiman...sesaat izinkanlah hamba yang dhoif ini untuk menyusun jari, sambil mengatur sembah ke hadrat Allah S.W.T., seraya berderai air mata haru untuk bersamaNya. Sesungguhnya hanya kepadaMu Ya Allah...hamba berharap dalam kesyukuran, hingga pujian bergema dalam lubuk hati yang paling dalam. Ya Allah...limpahi rahmat,hidayah,maghfirah dan taufiqMu kepada hamba yang teramat luas sangat tidak terbanding dengan kesyukuran dan pujian hamba kepadaMu. Semoga engkau memaafkan kedhoifan hambaMu ini, Ya Allah....

Sejurus dengan itu, selawat dan salam buat nabi junjungan dan pemimpin besar umat Islam,Nabi Muhammad SAW,penyuluh budi umat islam. Baginda adalah contoh teladan sepanjang zaman dalam segala detik kehidupan mujahid sejati yang menpertaruhkan hidup dan mati untuk menegakkan qanun ilahi dan syariat Allah S.W.T di bumi Ilahi ini..

Alhamdulillah, akhirnya tertubuh juga Musafir di Jalan Dakwah...sebenarnya, tidak pernah terlintas dihati ini untuk creat blog ini...kerana ana adalah orang yang tidak berminat untuk b'blog..malah tidak punya kemahiran...tp Allah mentakdirkan segalanya..sesungguhnya perancangan Allah tidak diduga..

Penubuhan blog ini lahir dari idea seorang sahabat seperjuangan dan sepersatuan. Pentaklifan dan permintaan dari sahabat untuk memberi usrah kepada sahabat2 yang lain melalui blog persatuan kami pada mulanya satu yang amat berat bagi ana..mengapa tidak?? kerana tidak ada kemahiran dan langsung tidak tahu mengenai blog.. malah tidak pernah berkunjung dunia blog..itulah, betapa dhoifnya diri ini..jadi, ana mula berfikir dan mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini,, Akhirnya ana membuat keputusan untuk creat blog sendiri,belajar selok belok tentang blog sehingga mahir...pada saat mula m'creat Musafir di Jalan Dakwah jari jemari menjadi kaku, fikiran kosong. .tak tahu apa yang harus dikongsi bersama...tapi kini Alhamdulillah, puji-pujian buat Ilahi, walaupun tidak terlalu mahir tapi ana sudah boleh dikira berjaya..malah main setting tentang blog yang selama ini susah untuk dikendalikan kini sudah berubah persepsi...apapun, kata sahabat ana,, "belajarlah perlahan-lahan..jangan membuat sesuatu atas dasar semangat,tetapi hendaklah atas dasar kefahaman..."
terima kasih sahabatku...

Penubuhan blog ini dicipta pada 08 December 2010 @ bersamaan 02 Muharam 1432 yang lalu..dan diberikan nama MUSAFIR DI JALAN DAKWAH..nama ini punya erti yang mendalam dan bermakna bagi ana,,tapi ana membuat keputusan untuk tidak dikongsi di sini. kerana bagi ana ianya terlalu peribadi..penubuhan Musafir di Jalan Dakwah selari dengan bulan Muharam, bulan untuk berhijrah,,jadi ini adalah salah satu penghijrahan ana untuk tahun ini..kata sahabat ana.."untuk kita berhijrah atau berubah seboleh-bolehnya pilihlah satu tarikh yang kita boleh jadikan satu titik permulaan.." jadi,, ana memilih bulan Muharam,,untuk creat blog nie..

Pengharapan ana ketika mencipta blog ini salah satunya agar dapat dijadikan salah satu cara untuk berdakwah dan perkongsian ilmu dengan pengunjung2 yang lain...kerana, setahu ana dakwah itu bukan sahaja melalui kata-kata, perbuatan dan qudwah hasanah pada orang lain.malah, kita boleh pelbagaikan cara dakwah kita mengikut kreativiti masing2 agar boleh diterima oleh orang ramai...samada melalui media massa, media cetak mahupun eloktronik..lihat!! betapa banyak kemudahan yang Allah bagi untuk kita berdakwah,, tp kita yang tak ambil peluang ataupun kita tak tahu ada peluang yang begitu besar sebenarnya...

Akhirnya..ana mengharapkan agar penubuhan blog ini memberi manfaat untuk ana sendiri dan untuk orang lain,,sahabat2 dan masyarakat khususnya umat islam dan amnya untuk rakyat Malaysia...InsyaAllah...moga Allah merahmati dan memberkati ana & antum semua...ameen....

Sekian.