ILMU...??? ALLAH YANG PUNYA!!!
Salam Ramadhan pada semua..pejam celik pejam celik dah 24 Ramadan 1432 Hijrah dah hari nie kn..apa khabar puasa kalian hari nie?? harapnya subur dan meriah di hiasi amalan penyubur rohani dan mendekatkan jiwa pada DIA....mudah-mudahan Lailatul Qadr menjadi milik kita...insyaAllah..
Hari ni kebetulan datang pulak idea lepas bersahur td..sebab tu la aku curi masa jugak menjenguk ke alam maya nie..x nak idea yang datang tadi tu tenggelam dek kesibukan menjelang terbit mentari nanti....lagipun idea nie bukan lah rekaan tapi aku nak cerita balik (review) peristiwa-peristiwa yang aku lalui semalam...agak menarik dan jugak banyak membuatkan aku berfikir dan bermuhasabah..
Al-kisahnya begini...seingat aku waktu tu time zohor dekat surau kolej aku..biasa la kan..tengah tunggu turn nak ambik wudhuk...berbaris jugak la..berdisilin la katakan..then,,ada sorg adik perempuan yang aku sendiri pun x kenal datang dekat aku..n tanya:
~ akak kuliah ape??
~ tahun berapa??
~ duduk mana..rumah sewa ke hostel??
Erm...demi x nak menghampakannye..maka menjawab lah aku semua pertanyaannya..aku pun tanya balik soalan yang sama kt dia..adik tahun 1 ruapanya dia..kuliah Syariah..sama mcm aku..
Nak dipendekkan cerita dia cakap kat aku: " tak pernah nampak pun akak dekat asrama! mesti sibuk kan??"
Timbul lah tanda soal bertubi-tubi dalam kepala..Eh!! adik ni kenal ke sape aku?? cmne dia tau pulak aku sibuk?? erm....aku just mengiyakan sajalah.."a'ah...agak sibuk jugak la kebelakangan nie dik...."
Di sebabkan jurusan yang sama adik ni cakap: "akak sibuk..kalau x sibuk boleh ler ajar saya Qadoya Muasirah( subjek Syariah tahun 1)...aku hanya tersenyum....sebagai simbolik mengiyakan jawapan adik nie "kalau akak x sibuk...." Then...lepas berceloteh 2,3 benda...adik nie mintak diri utk ke kelas..da kelas katanya..pukul 2 p.m time tu.....nama adik ni apa ek?? lupa pulak nak tanya....
Hendak dipendekkan cerita..lepas solat zohor tiba-tiba teringat aku pada pertemuan dengan 2 orang sahabat ni yang aku pun x kenal di library kampus pagi tu...time 2 aku kat library,,sambil2 hafaz Quran..sambil2 tunggu jam 12 p.m untuk ke kelas..then,,aku tumpang la duduk semeja dgn 2orang sahabat ni..sebab meja2 lain dah penuh dgn student2 lain...awalnye tak nak mempedulikan 2 orang sahabat nie tengah sembang,,mybe soal peribadi..tak nak jadi penyibok..elok je aku nak buka Tafsir Quran,,telinga aku tertangkap pada apa yg diorang nie sembang,,rupa2nya diorang bercakap soal ilmu...terdengar ukhti (kakak) yg duduk bertentangan dengan aku bercerita kat kawan sebelah dia yang duk tepi aku time 2...kata ukhti:
" Orang yang menuntut ilmu ini ada 3 golongan,,dan golongan2 ini diibaratkan seperti:
1) orang tanah pasir
2) orang tanah liat
3) orang tanah gambut
Golongan yang pertama iaitu golongan tanah pasir,, kalu kita tengok dia nie hanya mampu serap air( ilmu) tapi dia x mampu untuk nak tahankan air ni supaya bertakung..lepas serap air(ilmu) akan hilang macam tu jer...rugilah golongan ni sebab masuk telinga kanan,keluar telinga kiri ilmu tu..
Golongan ke-2 pula golongan tanah liat..dia ni hanya mampu menakung air (ilmu) untuk diri dia jer..tak boleh jugak nak bagi pada orang lain..nak bagi dekat orang lain takut air(ilmu) yang ditakung tu habis..golongan ni dianggap sebagai golongan yang bakhil (kedekut) ilmu..
Dan golongan yg ke-3 adalah golongan tanah gambut..kalau kita tengok sifat tanah gambut ni dia mampu serap air( ilmu) dan bila kita tanam pokok guna tanah ni pokok akan subur,,malah mampu menghasilkan buah untuk manfaat orang lain..(menyebarkan ilmu pada orang lain). Malah mendapat pujian-pujian dan di sukai oleh orang ramai. Maka beruntunglah golongan yang ini..Jadi,, kamu pilihlah golongan mana yang kamu nak jadi?? Jadi,,kita ni kalau ada ilmu,,jangan lah jadi macam golongan yang ke-1 dan ke-2,,kongsi dan sebar-sebarkan lah pada orang lain...Bila kita memberi 1 pada orang lain,Allah beri 10 utk kita...SubhanAllah...Kata ukhti nie syarah daripada Hadis Sohih yang disampaikan oleh pensyarah kuliahnya...
Allah......masyaAllah...Astagfirulllah....bila dikaitkan dengan cerita ukhti dengan pertemuan aku dengan adik tadi terfikir-fikir tergolong dalam golongan manakah aku?? golongan manakah anda?? Apakah harus aku jadikan alasan sibuk tu untuk aku tidak amalkan dan sebarkan ilmuku?? Teingat aku pada pepatah Arab: " Al-ilmu bila amalin kas shajarin bila samarin" ( ilmu itu bila tidak diamalkan seperti pokok tidak berbuah)...Syukur Alhamdulillah...Allah takdirkan aku duduk di meja tu utk aku dapat ilmu dan agar aku bermuhasabah diri.. benar..TAUFIQ dapat diperoleh melalui orang sekeliling..tapi HIDAYAH hanya Allah yang punya...
Youk!! kengkawan semua...amalkan ilmu yang kita ada dan sebarkan pada orang lain k...selamat beramal!! fikir-fikirkan yer..
Sekian untuk kali ini...(",)
No comments:
Post a Comment